Isnin, 13 Februari 2012

"AKU TAK PAKAI TUDUNG ,KAU TAHU KE HATI AKU MACAM MANA??? - CERITA HATI

"TIDAK MESTI WANITA YANG MENUTUP AURATNYA ITU BAIK;
 DAN TAK SEMESTINYA JUGA 
"WANITA TIDAK PAKAI TUDUNG ITU JAHAT" *HATINYA*

Hati manusia sesama manusia tidak dapat kita tafsiri kerana Akal kita terbatas tidak nampak benda yang ghaib dimatanya tapi kelakuan seseorang dapat kita tahu dari luaran tubuhnya.


Kakak pernah tanya fiq :Tentang fiq hanya suka perempuan yang bertudung dan perempuan tak pakai tudung tu kira jahat lah ye..Hari ini fiq kemukakan kat kakak..
Kita tahu kenapa perlu menutup aurat kerana perintah Allah SWT dan Jika benar dia tidak menutup aurat
tapi hatinya baik,jujur,amanah,Percayalah kata fiq kak, INSYAALLAH ,lama kelamaan dia akan menutup aurat jugak.

Hadis Riwayat Al-Bukhari ceritakan
 "seorang pelacur wanita yang berbangsa yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang dahaga.Atas sifat belas kasihannya itu, dia mendapat Hidayah lalu menjadi wanita yang solehah."

Mesti semua tertanya- tanyakan apa yang cuba fiq sampaikan.
sebenarnya begini,jika kita fikir dengan akal hadis itu menunjukkan yang jika hati seseorang itu
mempunyai sifat- sifat baik walaupun dengan memegang anjing yang kita tahu haram disisi agama,
Hati dengan penuh keikhlasan Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman.
Walaupun sebelum ini dia tidak menutup aurat.

Kenapa pula wanita yang menutup aurat,tidak semestinya baik???
kalau pasal Aurat mungkin dia selamat kerana kewajipan kita untuk menutup aurat sudah terlepas
cuma dia perlu elokkan perangainya."wanita itu  perlu berusaha"

Tapi kalau wanita itu hanya berpura- pura tutup aurat atau hanya nak menunjuk-nunjuk dan hanya suka akan trend sahaja..huhuhu, itu adalah soal hati dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
tapi mungkin jawapannya begini-Wanita yang hatinya jahat ,rasa-rasa tak lama dia akan pakai tudung
kerana tutup aurat adalah wanita yang solehah.
 
Berbalik pada cerita Fiq tentang wanita Hatinya Baik Akan Menutup Aurat
"Siapa wanita yang paling baik???
mestilah isteri Nabi Muhammad SAW ,tul tak?

"Kalau lah kita cerita pasal hati sahaja Allah SWT menilai ,mestilah Isteri-Isteri Nabi Muhammad SAW
tidak menutup aurat".

Kesimpulannya, mungkin wanita yang tidak pakai tudung itu sedang usaha untuk pakai tudung dan
mungkin wanita yang bertudung dan akhlaknya buruk sedang memperbetulkan perangainya..
"Buatlah sesuatu dengan keikhlasan "





6 ulasan: