Ahad, 25 Mac 2012

Arwah Azli rakan sekelasku- Mati Kita Dapat Rasai Dengan Tanda Yang Di Beri

Gambar Aku Bersama Arwah menjadi kenangan.Insyaallah di akhirat kelak kita jumpa ye Azli..Aku sayang kau..Hanya disini sahaja aku dapat melepaskan kesedihan aku kerana dimasa kau ada kau amat baik dengan aku..Kau ajar aku main pingpong..Rokok suria selalu aku mintak pada kau...Maafkan aku jika aku pernah buat kesalahan pada kau.. Assalamualaikum ..


Aku menulis Tanda ini diwaktu aku baru habis kebumikan seorang rakan sekelas ku AZLI pada 26/3/2012..Aku sebagai kawannya hanya dapat sedekahkan dan berdoa agar tidak disiksa dia di Alam kubur...Ya Allah SWT ,SEMOGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT .

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


Wallahu a’lam…
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”
(Al-Imran :185)
Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –
seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.

1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.
Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..

RUMAH ALLAH


kaabah 3Baitullah adalah rumah Allah, rumah yang dibina oleh Allah sendiri bukan yang dibina oleh Nabi atau manusia. Rumah Allah ini berada di Qalbu nan hening. Untuk memasuki rumah Allah memerlukan beberapa tatacara, dan jikalau ia tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak mungkin dapat masuk. Memasuki rumah Allah tidak perlu bawa apa-apa, tidak perlu bawa ilmu, tidak perlu bawa amal, tidak perlu bawa makrifat dan sebagainya. Hanya masuklah seorang diri tanpa berbekal apa-apa pun.
Oleh kerana itu jangan berbangga dengan ilmu yang banyak, amal yang banyak dan sebagainya, kerana Allah tidak memerlukan itu, tetapi Allah melihat pada Qalbu nan hening, tanpa dicemari duniawi dan nafsu,… ketika memasuki Baitullah,… Rumah Allah.
Allah SWT berfirman QS 20:12: Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, sebab itu bukalah kedua terompahmu, sebenarnya kamu telah berada di lembah suci Tuwa.
Ini adalah ayat mutasyabihat (kiasan), terompah yang dimaksudkan di sini adalah kiasan, bukan bermaksud terompah alas kaki.
Untuk memasuki Baitullah harus meninggalkan terompah di luar. Terompah adalah benda yang kotor dan sudah pastinya benda-benda yang kotor tidak boleh dibawa masuk ke dalam Rumah Allah. Setiap benda yang kotor, seperti terompah dan nafsu dan sebagainya tidak akan sampai kepada Allah. Jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging itu juga tidak akan sampai kepada Allah. Jasad yang penuh nafsu hendaklah dizakatkan,  hakikat zakat adalah penyerahan diri kepada Allah.
Setiap wahyu yang dinyatakan oleh Rasullulah SAW selalunya merujuk kepada Al-Quran. Semaklah wahyu yang diturunkan kepada Rasullulah dalam hadis dan Al-Quran dan ilham yang diturunkan kepada seseorang hendaklah juga dirujuk kepada hadis dan Al-Quran, jikalau bersesuaian dengan hadis dan Al-Quran maka pakailah, jikalau tidak jangan dipakai.
Berkaitan memasuki Rumah Allah,  Rasullulah SAW memberkan peringatan: Tambatlah untamu sebelum kamu memasuki Baitullah.
Unta tidak boleh dibawa masuk ke Baitullah, kerana ia adalah benda kotor, kerana unta terdiri dari darah dan daging , yang tidak akan sampai kepada Allah, sama seperti jasad manusia yang terdiri dari darah dan daging, sebab itu ia kena ditinggakan di luar sebelum memasuki Baitullah. 
Jangan unta dibawa masuk ke dalam Baitullah mengadap Allah,… tidak akan berhasil menemui Allah…
Kesimpulannya  jasad dan benda-benda kotor harus ditinggalkan semasa mahu mengadap Allah di Baitullah,…dan masuklah tanpa apa-apa bekal,… hanya  “kamu” (RuhKu)  seorang diri..

Hati ,otak tapi paling penting untuk HARI KEBANGKITAN adalah *CAP JARI*

  


Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, CAP JARI MANUSIA secara khusus ditekankan:
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah, 3-4)

Golongan yang tidak mempercayai hari kebangkitan mempersoalkan bagaimana manusia boleh di hidupkan semula apabila tulang-temulang telah lebur ke dalam bumi dan bagaimana mereka akan dikenali pada hari kiamat. Allah menjawab bahawa DIA bukan sahaja mampu menyusun kembali tulang-temulang malah menjadikan semula hung-hujung jari dengan sempurna....DAHSYATKAN!!!

Mengapakan Al-Quran menyebut secara spesifik mengenai hujung jari? Pada tahun 1880, cap jari telah menjadi sebuah kaedah saintifik untuk identifikasi. Tiada 2 orang dalam dunia yang boleh memiliki cap jari yang sama. Maka, siapakah yang mungkin mengetahui mengenai keunikan cap jari manusia ini, jika bukan Tuhan yang maha pencipta? Maha Suci Allah SWT Sang Pencipta Agung....

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin HARI KEBANGKITAN itu adalah benar.



Isnin, 12 Mac 2012

Isu Penggunaan Kalimah Allah swt ~

Fiq ambil dari keratan akhbar mengenai isu PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH SWT~


 Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita . Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan ummat Islam .

 Saya mengharapkan semua pihak terlebih dahulu tidak mengambil tindakan terburu - buru dan diluar kawaldengan hanya berpandukan emosi khasnya kepada ummat Islam . Justeru , Islam adalah agama yang tetap benar dan utuh malah ia akan terus dipelihara dengan hujjah yang benar dan kuat .
Asalnya , agama Kristian [ Nasara ] , Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa . Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil .

Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba , Injil Matthew dan sebagainya . Semenjak itu mereka menyengutukan [ mensyirikkan ] Allah swt Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada tuhan lain selain Allah seperti tuhan anak , tuhan bapa dan tuhan ibu .
 Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam . Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa . Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah .
 

Sementara mana - mana pihak mahu mengambil tuhan yang lain sebagai tuhan mereka untuk di sembah adalah terpulang kepada keyakinan mereka dan itu menjadi hak mereka dalam beragama . Tetapi mereka tidak boleh menggunakan Lafzul Jalaalah [ Allah ] sebagai Tuhan dan diletakkan di dalam rumah - rumah ibadah mereka untuk disekutukan , kerana ia disifatkan satu penghinaan kepada ummat Islam yang meletakkan Allah swt sebagai Tuhan yang Esa yang tidak sekali - kali layak disekutukan dengan segala apa jua .

Saya bersetuju bahawa kalimah Allah swt boleh digunakan oleh sesiapa jua tanpa ia menjadi milik ekslusif ummat Islam , kerana Allah swt adalah Tuhan kepada seluruh ummat manusia . Tetapi penggunaan kalimah Allah itu mestilah benar dan tepat dengan keesaan Allah swt . Seperti mereka mengatakan Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam dan Tuhan yang mencipta manusia , maka itu adalah perkataan yang benar dan mereka dibenarkan untuk berkata demikian sekalipun mereka bukan muslim .

 Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran , bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya : [ siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah , maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran .] Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt . tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu .

 Melalui pengamatan saya , aliran Kristian di negara - negara arab seperti Mesir meletakkan kalimah Allah di dalam gereja dan restoran - restoran mereka . Pengalaman saya dengan aliran Kristian di Mesir ini mendapati mereka sememangnya menganggap Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan manusia dan memberi rezeki . Bahkan mereka menggunakan kalimah Allah swt sejak awal [ ribuan tahun ] yang lalu .
Situasi ini sangat berbeza dengan aliran Kristian yang lain seperti di barat mahupun di negara kita . Sejak awal mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah swt sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka sembah di dalam upacara ibadat , penerbitan dan gereja - gereja mereka. Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai tuhan mereka dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s .

 Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald , ia suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat Islam . Apakah motif penggunaan kalimah tersebut ? Jika untuk tujuan ibadah , tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum daripada ini . Inilah persoalan yang mesti diberikan penjelasan yang jujur dari pihak terbabit .
 Kebimbangan ummat Islam adalah berasas . Penggunaan kalimah Allah tanpa motif yang jelas menimbulkan pelbagai prasangka . Apakah ini strategi mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam lalu memurtadkan mereka ? atau ini satu siri provokasi untuk menilai sensitiviti ummat Islam . Prasangka ini akan terus bersarang dan berlegar dalam jiwa ummat Islam .

 Sikap saya jelas , jika mereka guna kalimah Allah secara salah , pasti mereka akan berdepan dengan penentangan dan kemarahan ummat Islam yang tidak rela Allah swt dipersenda dan diperlekehkan . Tetapi jika mereka menggunakan kalimah Allah dengan betul dan benar seperti menyebut bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi , Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia , Allah adalah tuhan yang memberi rezeki dan seumpamanya , maka itu tidak mengapa dan saya boleh bersetuju sekalipun yang melafazkan itu bukan muslim .

Menghormati mahkamah , Kementerian Dalam Negeri berhak membuat rayuan segera bagi membolehkan mahkamah mengkaji dan menyemak semula keputusan yang telah dibuat . Saya juga mengharapkan selepas ini , hakim yang mengendalikan kes mestilah juga hakim yang memahami kedudukan agama Islam dan Kristian di Malaysia . Campurtangan pihak Raja - Raja Melayu juga mungkin boleh meredakan keadaan yang kini kian panas dan tegang .

Allah SWT SAYANGKAN KITA LEBIH DARI SEMUA DI DUNIA ..





Niat saya disini tidak lah untuk megatakan kamu tidak boleh sayang pada ayah dan ibu kamu..harap kamu faham apa yang cuba mesej saya yang nak disampakan ye..
"Katakanlah,jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, maka kamu akan dicintai Allah dan akan diampuniNya oleh dosa-dosa kamu..." Firman Allah SWT..

Bila bercakap tentang kasih sayang sesama manusia, aku terfikir satu benda. Layakkah kasih sayang kita menandingi kasih sayang Allah dan Nabi Muhammad SAW pada kita??

Sebanyak mana pun kasih dan sayang seorang ayah atau ibu terhadap anak-anaknya, tidak dapat menandingi betapa sayangnya Allah dan Nabi SAW pada anak itu..

Betapa sayang pun seorang anak pada ibu bapanya, tidak dapat menandingi kasih dan sayangnya Allah dan Nabi SAW terhadap ibu dan bapanya itu...

Betapa cinta pun seorang muslim kepada seorang muslim yang lain, masih tidak dapat menandingi betapa sayangnya Allah, Nabi SAW dan ibu bapa muslim itu terhadapnya.

Kita terlalu sayangkan seseorang yang tiada ikatan kekeluargaan dengan kita, tapi kita masih tak dapat menandingi betapa sayangnya Allah, Nabi SAW dan ibu bapa orang yang kita sayang itu terhadap dirinya.

Jadi sememangnya Allah dan Nabi SAW sangat-sangat menyayangi kita. Bila seseorang tu dah mati, kita selalu dengar, "Allah lebih sayangkan dia..." Adakah bermaksud masa dia hidup Allah tak sayangkan dia??

Kalau begitu Firaun pun dah mati, kenapa tak cakap Allah jugak sayangkan dia??

Sebenarnya Allah sayangkan semua hambaNya yang bertaqwa, tak kiralah dah mati ke belum.

Jadi, mesejnya ialah..Kalaulah kita ada kekasih, kita sangat-sangat sayangkannya, ketahuilah bahawa Allah, Nabi Muhammad saw dan Ibu bapa kekasih kita itu sayangkannya lebih dari kita sayangkan dia...Jadi kenapa kita suka melangkaui perintah Allah, suruhan Nabi dan Ibu bapa kekasih kita tu kalau betul kita sayangkannya?? Sedangkan kita tak dapat menandingi kasih dan cintanya Allah, Nabi dan ibu bapa kekasih kita tu...hmm...

Renung-renungkan.

Mengenal atau Menyintai seseorang tidak perlu melihat wajah ~




Hari ini aku tidak mahu hurai panjang lebar mengenai perkara ini..sesiapa yang tidak memahami..boleh tanya di page facebook saya yang disebelah artikel ini~
Mungkin ada yang bertanya, bagaimana hendak kenal dan bercinta dengan Tuhan yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak dapat berjumpa dan berbual-bual dengan-Nya? Sebenarnya kenal dan cinta tidak semestinya dengan lihat dan jumpa. Orang memuja dan kagum dengan bintang filem bukan kerana dapat berjumpa. Malah kita memuja Rasulullah SAW dan para sahabatnya, bukan melalui lihat dan jumpa kan? Kenal dan cinta yang hakiki hanya boleh dibuat oleh akal dan hati. Akal dan hati sebenarnya lebih tajam daripada mata lahir. Bukankah ramai orang yang buta mata lahir, tetapi masih dapat mengenal dan cinta pada dunia dengan hebatnya. Orang yang tidak kenal dan memberi cinta pada Allah SWT semasa hidupnya di dunia akan rugi dan menyesal selamanya di Akhirat. Waallahhu'alam...Aku sendiri masih mencari CINTA kepada Allah SWT dan Menerima cinta dariNYA 
dirik

Cintailah Tuan punya syurga ~



Siapa mahu membeli Syurga Harganya mahal sekali Namun bagi Allah Syurga itu tiada harga Boleh diberikan-Nya kepada sesiapa saja Ramai yang bermati-matian mengumpul pahala Untuk mendapatkan Syurga Tetapi bagi orang celik mata hatinya Berlumba-lumba memburu tuan punya Syurga Cintailah tuan punya syurga Nescaya diserahkan semuanya... Ketika diciptakan Syurga Berkuranglah hamba-Nya yang ikhlas beribadat.. Ibadat mengharapkan syurga adalah penipuan Hamba yang matang tidak nampak Syurga atau Neraka Kerana yang dicari adalah kasih sayang Allah... Salahkah mencintai Syurga? Tidak salah... namun cinta itu adalah Cinta keanak-anakkan dan dianggap cinta bertaraf rendah Pencipta Syurga itulah yang patut dicari, dikasihi dan dirindui Bukankah cinta kepada tuan punya Syurga itu lebih mulia? Cinta martabat tinggi yang lebih agung lagi suci....