Rabu, 15 Februari 2012

NURANI DATANG HADIRKAN CINTA SUCI!

JANTUNG(HATI SANUBARI)

Kita dengar lagu cinta dan maksud cinta kita post kat FACEBOOK tapi tahu tak mana datangnya Rasa Cinta itu semua????

Disini, Fiq nak ceritakan pasal Hati sebab "Orang kata bukan senang hati nak terima" .
Siapa Tuhan kita???
ALLAH SWT
Siapa yang menghidupkan kita dan merasai kenikmatan dibumi???
ALLAH SWT

Jadi jika semuanya ALLAh SWT Tuhan kita dan Menghidupkan kita di muka bumi ini kenapa berdoa padaNYA tetap HATI sakit ??? Tidak boleh terima kerana kekasih kita tiggalkan kita pergi???
Fiq akan ceritakan berdasarkan pengalaman Fiq sebab fiq pernah merasai semua itu
bukan hanya kerana Orang yang Fiq cintai sudah pergi cari orang lain 
tapi Fiq pernah kehilangan sesuatu yang amat Fiq sayang diwaktu Fiq masih bersekolah rendah.
Fiq kehilangan ADIK Fiq  yang benar-benar Fiq sayang ..TAWA dia masih dengar di lubuk hati ini.

OK,Berpalik pada HATI .
Hati terbahagi kepada 2 iaitu Hati Sanubari dan Hati Nurani.
Hati sanubari seperti mana kita mengetahui Hati Sanubari adalah Hati yang yang dimana termaktub dalam 
Sabda Nabi:
"Sesungguhnya didalam tubuh anak Adam ada segumpal daging dimana kita jaganya dengan baik hati ini maka baiklah seluruh anggota badan manakala jika rosak ,maka rosak lah seluruh angota badan..

Hati Sanubari adalah Jantung kita yang sedang bernyawa yang juga ada pada haiwan.Hati ini kita boleh nampak dengan mata kita ia berongga dan mempunyai darah hitam.
Dihati inilah yang syaitan menempatkan dan di takluk oleh sikap keji dan semualah yang jahat-jahat.

Hati Nurani adalah Hati yang dikatakan Roh yang kita tidak nampak ..Ia adalah Hati Yang dipenuhi Nur dari Allah SWT..
Disinilah kehadiran CINTA,Kasih Sayang....
(Fiq simpulkan setakat ini kerana maksud ini amat dalam dan Fiq takut korang tidak faham)

Yang kita ungkapkan "susah hati aku nak lupakan hang"
Itu hanya ungkapan mulut sahaja walaupun hatinya rasa sedih,kenapa Fiq katakan demikian: 
 kita tidak sedar yang kita susah nak melupakan seseorang kerana  dari perbuatan kesalahan kita sebenarnya contohnya pegang tangan dan melakukan LaranganNYA sebelum di akad nikah.
"Bila Dia Tinggalkan Kita teringat akan dia kerana kita pernah jalan2 dan pegang tangan dia or buat yang lebih-lebih dari itu,Mampu tak orang ini jadi kawan setelah putus cinta dengan kekasihnya???"
Mestilah jawapannya tidak mampu kerana mana boleh jadi kawan sedangkan dahulu masa keluar 
Dating pegang tangan semua lepas itu tiba-tiba nak jadi kawan.(Pelik2)
orang ini adalah Hati sanubari mereka sudah di kotori dengan titik-titik hitam jadi Taubat lah!!!
Fiq merasai semua ini bukan mereka cerita.

Hati Nurani sinaran Nur Ilahi yang amat Indah. Di Hati ini lah dikatakan kehadiran Cinta yang Suci.
Yang kawan- kawan kata Cinta itu sakit itu bukan Cinta yang diredhai oleh Allah SWT.
Macam mana tak sakit kalau kita buat laranganNYA.
Hati ini adalah Sinaran Dari Allah SWT yang kita tahu Allah SWT itu Suci bersih.
Adakah Allah SWT nak berikan kita CahayaNYA jika kotor hati sanubari kita???
sedangkan kita kalau pergi makan diatas kerusi basah atau meja kotor pun kita suruh orang lapkkan atau tukar ke tempat yang lain.

Bagaimana mahu sucikan Hati Sanubari???
Jika dizaman Nabi Muhammad SAW di sucikan dengan air zam-zam oleh Malaikat tapi kita 
takkan nak suruh doktor Cucikan ..Merepek benar,menyucikan ia dengan taubat dan berzikir .
"Sambil Bercinta,Sulamkan Dengan kebaikkan dan Elakkan kemungkaran"
Barulah doa kita diperkenankan oleh Allah SWT.


Kesimpulanya,Fiq menyatakan ini dari ustaz dan bukan reka- reka cerita. Hati yang dikatakan tidak boleh menerima adalah Ingatan kita masih Ungkit sejarah silam dengan kekasih kita.Berdoa lah pada Allah SWT ..INGAT!! ALLAH SWT tidak zalim .
Di dalam "BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM " sudah tersebut ertinya: 
YANG MAHA PEMURAH dan MAHA MENGASIHANI

'JANGAN KITA LETAK DUNIA DI HATI KELAK SUSAH KITA NANTI'





Tiada ulasan:

Catat Ulasan