Selasa, 21 Februari 2012

"DUNIA ADALAH PEREMPUAN YANG SANGAT TUA DAN HODOH"

Jika Dunia kamu melihat dengan mata kasar kamu ,jawapan yang diungkapkan Dunia amat indah tetapi bagi orang yang melihat menggunakan MATA HATI ,mereka akan kata:
"Dunia Adalah Perempuan Yang Sangat Tua Dan Hodoh" .

Kita selalu mendengan perkataan ini "Orang Buta Akan Melihat Menggunakan Mata Hati" ???
Sebenarnya bukan sahaja Mata Hati di perolehi oleh orang BUTA tetapi untuk orang yang Mata Zahirnya turut dapat melihat.Bila ceritakan tentang Mata Hati mesti kamu semua mengatakan Mata Hati itu adalah hati kita sekarang yang dikenali sebagai JANTUNG yang sedang berdegup kencang sekarang ini , BETUL TAK?

 Mata Hati kita sekarang ini dan saya sendiri masih tidak dapat merasainya kerana Mata Hati kita telah ditutup dengan Hijab Nafsu dan Hijab Akal yang telah menutup hati kita daripada melihat kepada takdir yang menjadi ketentuan Allah SWT .Dimana sekarang kita mempunyai Mata Zahir dan Mata Batin .
Mata Zahir dapat melihat benda yang zahir manakala Mata Batin ibarat dapat menyaksikan kepada yang ghaib.

Jika di dunia Mata Hati boleh diceritakan seperti: "Mata zahir iaitu kita  melihat pedang tersebut tapi Mati hati  dapat melihat " tajam" tapi mata hati tak dapat bayangkan rupa tajam itu.Mata Hati hanya mengenal bahawa pedang itu tajam.faham???
Semestinya, semua yang baca kata Eleh! takkan setakat itu ja maksud Mata Hati.(hihihihi)
Wahai saudara dan saudari sebenarnya sekarang ini saya dan mungkin saudara dan saudari hanya dapat
merasakan Mata hati yang saya terangkan diatas tetapi Mata Hati itu sebenarnya itu adalah Mata Hati yang BUTA!!!!

Mata Hati yang celik adalah ia mampu melihat urusan Allah SWT disebalik yang Nyata dan Tidak Nyata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan