Jumaat, 10 Februari 2012

BAYAR CASH DI DUNIA ???





Kadang- kadang kita tertanya- tanya* Mengapa Allah SWT tidak menegakkan keadilan dan menunjukkan kekuasaannya di dunia lagi??? 

*Mengapa orang yang meninggalkan perintah Allah SWT tidak mendapat balasan tunai???
*Mengapa pula orang yang melakukan kebaikkan tidak mendapat ganjaran pahala segera???


*Mengapa perlu ada penangguhan???(fiq akan olahkan balik dari apa yang fiq dapat ye)


Dari segi pembacaan fiq dan logik akal fiq,kita cuba fikirkan kenapa ramai bayi yang telah dijangkiti 
*VIRUS HIV* ketika masih berada dalam kandungan ibunya sedangkan bayi yang dikandungan ibunya "SESUCI KAIN PUTIH"
yang terpaksa menanggung akibat kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka??
ADAKAH ITU PEMBAYARAN PERLAKUAN KITA PADA SESEORANG SELAMA INI YANG SELALUNYA KITA KATA "hari ni hang buat aku esok-esok hang pulak ,la ni TUHAN bayar cash" .


Dis sidang akhbar terkemuka seorang pemuda telah mati di tikam oleh peragut semasa ingin menolong 
orang yang sedang di ragut . 
ADAKAH ITU PEMBAYARAN PERLAKUAN KITA PADA SESEORANG SELAMA INI YANG SELALUNYA KITA KATA "hari ni hang buat aku esok-esok hang pulak ,la ni TUHAN bayar cash" .


DALAM SURAH IBRAHIM -"Dan janganlah sekali - kali kamu (Muhammad) mengira,bahawa Allah SWT lalai daripada apa yang di kerjakan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah SWT memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata(mereka) terbeliak.

Maksud disini bagi olahan dari fiq dan bertanyakan pada ustaz- ustaz adalah apa yang kita buat kat orang akan dibalas di akhirat kelak.

Sekiranya mendapat pembalasan serta - merta ,maka sudah tentu semua manusia beriman dengan mudah.
Malah jika demikian, objektif untuk menguji iman manusia pasti tidak mampu tercapai.

Akhir kata dari fiq fikirlah wahai saudara dan saudari yang kehadiran kita dengan akal ,kita boleh mencari hikmah di sebaliknya rancangan Allah SWT .Kita tahu segala urusan dunia dan Akhirat milik Allah SWT.

Berhentilah dari ungkapan mulut yang di ucap *TUHAN BAYAR CASH * .
Setiap perbuatan yang kita lakukan pada seseorang bukan kerana dia pernah melakukan
kesalahan terhadap kita..Apa sahaja perbuatan yang dia lakukan hanya akan di balas di hari AKHIRAT kelak.

karya - Taufiq


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. terima ksh..jemput lah dtg tgk ye..fiq akn update artikel2 tentang cinta n mcm2 lagi..

      Padam