Ahad, 11 Mac 2012

Pay Now, Play Letter



Hidup di Dunia sangat Singkat  berbanding di akhirat.Di Dunialah tempat kita menyemai benihnya dan DiAkhirat tempat kita menuai hasilnya.Atas keyakinan bahawa akhirat itu ada, orang-orang beriman bersusah payah untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-NYA.

Firman Allah SWT bermaksud- "Dan kehidupan akhirat itu lebih baik dan kekal".(surah al-A 'Ala )


Dunia diumpamakan tempat "MEMBAYAR" . Diakhirat tempat "BERSERONOK" "PAY NOW, PLAY LATER"(bayar disini,berseronoklah disana).Di Dunia ini pilihlah,sama ada membayar dahulu atau membayar kemudian.

Sekiranya kita membayar dahulu,kejayaan di kemudia hari akan menjadi lebih manis.Justeru, orang Mukmin rela bersusah payah untuk melakukan kebaikkan.Hidupnya terlalu sibuk melakukan kebaikkan dan meninggalkan kejahatan.

Banyak kepahitan yang perlu di tempuh oleh orang mukmim untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ."Syurga dipagari dengan kesusahan ,manakala neraka dipagari dengan keseronokkan ."

Sebaliknya, bagi orang kafir ,zalim dan fasiq, mereka berpegang kepada konsep "PAY NOW , PAY LATER(berseronok sekarang ,bayar kemudian) . Mereka ini orang yang singkat pandangannya, ibarat mempunyai pandangan mata hati yang menjangkaui pandangan akhirat!!!

Demikianlah kehidupan,tidak ada yang *PERCUMA* .
Apatah lagi kehidupan di syurga. Justeru org yang beriman pada hari Akhiratrela menerima "KEPAHITAN" yg sedikit dan sementara di dunia demi menikmati kemanisan yang banyak dan Abadi di akhirat.

Owh,Alangkah jahil dan ruginya kita sekiranya rela menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia.

Sama-samalah kita renungkan dan mengambil ikhtibar atas pembacaan kamu di artikel ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan