Isnin, 12 Mac 2012

Siapa yang tidak pernah senyum ^__^

Bagaimana perasaan kita kalau melihat muka boss yang garang atau bapa yang bengis? tentu kita kecut perut dan takut kan? Maka cuba kita bayangkan pula bagaimana hebat dan gerunnya wajah penjaga Neraka. Allah jadikan ia tidak memiliki sifat kasih sayang. Kalaupun ada, hanya sebesar semut hitam. Tidakkah rasa takut hendak berhadapan dengannya yang akan bertindak tanpa perikemanusiaan? Kerana taatkan Allah, dia sedia menyeksa orang yang derhaka dengan seksan yang maha pedih.
Ketua malaikat penjaga Neraka ialah Malik. Di bawahnya ada banyak ketua malaikat yang disebut Malaikat Zabaniah. Apabila Allah panggil sahaja Malaikat Zabaniah, dengan segera ia datang. Firman Allah yang bermaksud :"Kelak Kami akan memanggil Malaikat Zabaniah." - Al'Alaq:17. Berdasarkan tugasnya menyeksa dan mengazab orang yang berdosa, keadaan dirinya sudah cukup mengerunkan untuk menakutkan orang yang hendak diseksa atau diazab itu. Api Neraka pun ketakutan melihatnya. Ia sangat tahan dengan api Neraka.
Orang kafir dan yang derhaka tidak akan dapat melarikan diri daripada seksaan dalam Neraka. Mereka akan dibakar hangus serta menanggung berbagai azab yang amat pedih. Namun Allah yang Maha pengasih akan menyelamatkan mereka yang berdosa yang kuat keyakinan kepada Allah dan berbuat amal kerana Allah. Kalimah tauhid menyelamatkan mereka daripada disambar api.
Apabila Malik berkata kepada Zabaniah : "Wahai Zabaniah, hendaklah kamu melemparkan semua ahli Neraka ke dalam Neraka itu."
Mereka yang dilemparkan itu menjerit-jerit dengan ucapan : "LA ILAHA ILLALLAH."
Malik berkata, "Wahai api ambillah mereka."
Api menjawab, "Bagaimana aku hendak mengambil mereka padahal mereka membaca : LA ILAHA ILLALLAH."
Malik menjawab semula, " Dengan itulah Tuhan Permilik Arasy Yang Maha Agung memerintahkan."
Api itu pun menyambar ahli Neraka di tempat yang tiada kebaikan. Di antaranya ada yang terkena sampai kedua tapak tangan dan tapak kakinya, terkena sampai ke pusatnya, terkena sampai lehernya dan apabila sudah dekat pada muka mereka, Malaikat Malik berkata, "Wahai api janganlah kamu bakar muka mereka, sebab muka mereka sama bersujud kepada Allah. Janganlah bakar hati mereka, sebab ia tempat tauhid dan iman,"
Penjaga Neraka amat benci kepada orang yang derhaka dan kafir, ia hanya membela dan belas kasihan kepada orang yang bersih keyakinan dan mentauhidkan Allah. Semoga kita terselamat daripada kemurkaan Allah dan kebencian penjaga Neraka serta terpelihara daripada azab Neraka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan